Pengerusi Majlis Perniagaan China-ASEAN, Xu Ningning semalam berkata, kerjasama ekonomi antara China dengan ASEAN akan terus berkembang dan menyediakan trend pembangunan yang baharu.
Menurut beliau, keadaan ini berdasarkan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), pembinaan Laluan Sutera Maritim serta penubuhan Komuniti ASEAN.
Pertumbuhan ekonomi ASEAN diunjur lebih baik berbanding dengan tahun 2015.
Harga komoditi dunia dijangka akan naik pada tahun 2016.
Pada Januari hingga November 2015, jumlah pelaburan syarikat China di ASEAN meningkat 109.9 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya, dengan mencatat USD 9.13 bilion (RM40 bilion).