Cari:
ACC Tawar Latihan untuk Pengusaha Pelancongan
2015-12-11 12:46:43 CRI Cetak

Program latihan vokasional untuk pengusaha pelancongan anjuran Pusat ASEAN-China (ACC), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Persatuan Pelancongan dalam Malaysia (MITA), diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Disember lalu.

Kakitangan badan pelancongan serta syarikat dan institut berkenaan dari Malaysia mengikuti program tersebut.

Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB), Wee Choo Keong berkata, lebih 100 juta pelancong China melawat ke luar negeri pada tahun lalu. Antaranya, 1.6 juta orang melawat Malaysia. China telah menjadi sumber pelancong ketiga terbesar bagi Malaysia. Program berkenaan bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan berasaskan ciri-ciri pasaran pelancongan dan tabiat berbelanja pelancong China bagi menarik lebih ramai pelancong dari negara ini.

Ketua Setiausaha ACC, Yang Xiuping pula berkata, jumlah pelancong China dan Malaysia yang saling melawat dijangka mencecah 20 juta pada tahun ini. Program tersebut akan membolehkan pengusaha pelancongan Malaysia lebih memahami pasaran pelancongan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China