Cari:
Sumbangan China demi Integrasi Komuniti ASEAN
2015-11-23 12:22:55 CRI Cetak

Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh ketika diwawancara media China semalam berkata, China merupakan salah satu jiran terpenting bagi ASEAN.

China memberikan sokongan padu dan sumbangan demi penubuhan Komuniti ASEAN.

Menurut beliau, tahun hadapan merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog ASEAN-China.

Kedua-dua pihak telah mengadakan kerjasama dalam hampir semua bidang yang penting antaranya termasuklah politik, keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.

Inisiatif Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 (B&R) yang dikemukakan oleh China amat sesuai dengan matlamat ASEAN untuk meningkatkan kesalinghubungan.

Kesalinghubungan perlu ditingkatkan antara pelbagai negara anggota ASEAN mahupun antara negara ASEAN dengan negara jiran, khususnya China. ASEAN menyokong inisiatif B&R China.

Penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN dan rundingan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan memberikan lebih banyak peluang perdagangan kepada ASEAN, China dan negara jiran ASEAN yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China