Cari:
Menteri Pertahanan China akan Hadiri ADMM-Plus
2015-10-30 14:46:39 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan akan menghadiri mesyuarat menteri pertahanan ASEAN(ADMM)-plus yang diadakan di Malaysia pada awal bulan hadapan. Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun semalam berkata, selain menghadiri mesyuarat tersebut, Chang akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Kemboja atas undangan rakan sejawatnya dari kedua-dua negara tersebut.

Jeneral Chang dalam tempoh mesyuarat tersebut akan membentang pandangan dan langkah China untuk memelihara kedamaian dan kestabilan serantau serta pertukaran dan kerjasama dalam bidang pertahanan. Selain itu, beliau akan menjelaskan prinsip dan pendirian China tentang isu keselamatan serantau dan antarabangsa. Ketika melawat Malaysia dan Kemboja, beliau akan menemui pemimpin kerajaan dan pasukan tentera kedua-dua negara dan bertukar-tukar pendapat tentang hubungan pasukan tentera bilateral dan situasi keselamatan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China