Perjanjian baharu Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) bakal ditandatangani pada November ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata demikian setelah menghadiri sidang kemuncak perdagangan dan pelaburan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) kali ke-12.
Menurut beliau, perjanjian edisi baharu tersebut bertujuan meningkatkan hubungan perdagangan dengan lebih meluas antara ASEAN dengan China dalam pelbagai bidang.
Sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN, Malaysia berhasrat untuk mengambil peluang tersebut untuk memperkasakan pembangunan.