Cari:
Mesyuarat Ketua Pendakwa Raya China-ASEAN
2015-11-26 14:52:32 CRI Cetak

Mesyuarat Ketua Pendakwa Raya China-ASEAN ke-9 dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi semalam. Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Setiausaha Jawatankuasa Politik dan Kehakiman PKC, Meng Jianzhu telah merasmikan mesyuarat kali ini.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut merupakan salah satu mekanisme dialog yang penting untuk memperkasakan kerjasama kehakiman dan undang-undang dalam rangka hubungan rakan strategik China-ASEAN.

Mesyuarat kali ini berfokuskan kesalahan penjenayah yang melarikan diri ke luar negeri dan rampasan barang-barang curi.

Mesyuarat kali ini juga akan memperkasakan kerjasama serantau dalam antirasuah.

Menurut beliau, China dan ASEAN perlu mencapai persepakatan dalam membanteras jenayah rentas sempadan, menginovasikan sistem dan mekanisme kerja, mewujudkan dan meningkatkan pertemuan antara jabatan pendakwa raya di kawasan sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China