China dengan teguh menyokong integrasi dan pembinaan Komuniti ASEAN. Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei berkata, China mengalu-alukan penubuhan Komuniti ASEAN yang merupakan peristiwa penting bagi integrasi negara-negara ASEAN.
Komuniti tersebut bukan sahaja menjadi komuniti serantau yang pertama di Asia, bahkan melambangkan kerjasama di rantau ini meningkat ke tahap baharu.
China menyokong integrasi dan penubuhan Komuniti ASEAN dan menyokong ASEAN memainkan peranan utama dalam kejasama serantau.
Selain itu, China bersedia untuk bersama-sama dengan negara-negara ASEAN untuk meningkatkan rasa saling mempercayai dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan serta kerjasama yang pragmatik dalam bidang sosial.
Penubuhan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN akan terus diperkasakan.