Cari:
Mesyuarat Ketua Pendakwa Raya China-ASEAN Capai Persepakatan
2015-11-27 15:19:36 CRI Cetak

Mesyuarat Ketua Pendakwa Raya China-ASEAN ke-9 dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi pada 25 November yang lalu.

Wakil jabatan pendakwa raya dari China dan 10 negara ASEAN telah mencapai kata sepakat untuk membanteras jenayah rasuah rentas sempadan dan bertukar-tukar pendapat tentang kesalahan penjenayah yang melarikan diri ke luar negeri serta rampasan barang-barang curi.

Ketua Jabatan Pendakwa Raya Tertinggi China, Cao Jianmin berkata, sebagai badan yang penting dalam pencegahan rasuah dan penguatkuasa undang-undang, jabatan pendakwa raya perlu mengadakan kerjasama antarabangsa pada tahap yang lebih tinggi.

Mesyuarat kali ini berfokuskan kesalahan penjenayah yang melarikan diri ke luar negeri dan rampasan barang-barang curi.

Keadaan ini mencerminkan keprihatinan jabatan pendakwa raya China dan ASEAN dalam membanteras jenayah.

Jabatan pendakwa raya China berharap dapat bertukar-tukar pendapat, berkongsi pengalaman, meningkatkan rasa saling mempercayai dan mencapai kata sepakat dengan pelbagai negara ASEAN dalam usaha tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China