Cari:
China Tingkatkan Kawalan di Pulau Huangyan
2016-03-23 14:42:11 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, bot nelayan Filipina telah menjalankan aktiviti haram di kawasan perairan Pulau Huangyan China.

Pihaknya terpaksa meningkatkan kawalan di kawasan tersebut untuk memelihara kedaulatan serta keselamatan dan order di kawasan tersebut.

Menurut media Filipina, sebuah bot nelayannya telah dua kali diberi amaran, diusir dan dilanggar oleh kapal pengawal pantai China ketika sedang menangkap ikan di sekitar Pulau Huangyan.

Hua berkata, Pulau Huangyan merupakan wilayah China.

Tindakan bot nelayan Filipina memasuki dan menangkap ikan di kawasan perairan pulau tersebut menyalahi undang-undang.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China