Kedutaan Besar China di Laos pagi tadi memaklumkan, enam warganya cedera akibat ditembak dalam satu insiden yang berlaku di Vientiane malam tadi.
Pada sekitar pukul 9.00 malam, sebuah bas persiaran yang membawa 25 orang penumpang dan tiga orang pemandu berlepas dari Kunming, provinsi Yunnan, China menuju ke Vientiane.
Ketika melalui daerah Kasi, seorang penyerang yang tidak dikenali telah melepaskan tembakan dari tepi jalan ke arah bas tersebut.
Enam penumpang lelaki di dalam bas tersebut cedera, dengan dua di antaranya cedera parah.
Kedutaan besar dan Konsulat Jeneral China di Luang Prabang telah bertindak dengan serta-merta untuk membantu mangsa yang cedera dan mengambil pelbagai langkah untuk menangani kes berkenaan.