Forum peringkat tinggi tadbir urus sosial baharu China-Singapura kali ke-3 diadakan di Singapura semalam.
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Meng Jianzhu dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Singapura, Teo Chee Hean bersama-sama merasmikan forum kali ini.
Meng berkata, kepelbagaian merupakan daya penggerak bagi perkembangan tamadun serta lambang kemajuan masyarakat.
Situasi di China dan Singapura adalah berbeza, namun kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan dalam bidang tadbir urus sosial.
Prospek kerjasama dan interaksi antara kedua-dua negara dalam bidang tersebut juga amat cerah.
Teo Chee Hean memperkenalkan konsep dan langkah yang diamalkan oleh Singapura dalam tadbir urus masyarakat majmuk.
Beliau berharap agar kedua-dua pihak dapat memperkasakan pertukaran dan kerjasama dalam bidang tersebut.