Pusat Perniagaan Komoditi Singapura telah ditubuhkan di bandar ekologi Tianjian semalam.
Projek tersebut akan mula beroperasi secara rasmi pada penghujung bulan April nanti. Pusat perniagaan itu akan memasarkan produk-produk yang diimport dari Malaysia, Singapura, Thailand, Australia, Jepun dan Korea Selatan.
Pada masa akan datang, pusat perniagaan tersebut akan menjadi tempat permulaan untuk mengumpulkan produk-produk terlaris dari negara-negara sepanjang Laluan Sutera Maritim.
Selain itu, pusat tersebut juga akan menghidangkan pelbagai masakan istimewa dari Singapura untuk menarik penggemar makanan menikmati keunikan hidangan Singapura.
Pusat perniagaan yang seluas lebih dua ribu meter persegi itu bakal menjual pelbagai produk antaranya termasuklah makanan, produk penjagaan kesihatan, makanan segar, ubat-ubatan, pakaian, dan sebagainya, di samping penglibatan dalam sektor pelancongan, pengajian di luar negara dan pertukaran budaya pada masa akan datang.