China mempunyai hak kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha dan kawasan perairan di sekitarnya, termasuk Pulau Taiping.
Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying hari ini berkata, Filipina tidak mengiktiraf status Pulau Taiping dengan menguar-uarkan pulau itu hanya sebuah terumbu sahaja. Hal ini sekali gus membongkar niat negara itu membangkitkan kes timbang tara berhubung isu Laut China Selatan adalah untuk menafikan hak kedaulatan dan kepentingan maritim China terhadap Kepulauan Nansha.
Status Pulau Taiping terbukti dengan catatan sejarah mengenai kehidupan dan aktiviti pengeluaran rakyat China di sana.