Sidang akhbar Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-13 diadakan di Bangkok, Thailand semalam.
Para pegawai dari China dan Thailand serta beberapa wakil syarikat tempatan turut menghadiri sidang akhbar tersebut.
Setakat ini, sebanyak 65 kumpulan dari negara-negara ASEAN telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam CAEXPO, manakala 31 negara di luar rantau dijangka akan menghadiri temasya tersebut.
Sehingga penghujung bulan Mei, jumlah pelaburan dua hala antara China dengan ASEAN telah mencecah USD160 bilion (RM639 bilion). Kini, ASEAN menjadi tumpuan utama syarikat-syarikat China.
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-13 bakal diadakan di Nanning, China pada 11 hingga 14 September.