Cari:
Indonesia Bantu Filipina Banteras Militan Abu Sayyaf
2016-08-12 11:17:41 CRI Cetak

Indonesia akan menjalinkan kerjasama dengan Filipina dan Malaysia dalam usaha untuk membanteras kumpulan militan Abu Sayyaf di wilayah Filipina, sekali gus membebaskan 10 warga Indonesia yang diculik oleh kumpulan tersebut pada awal tahun ini.

Menurut kenyataan tentera Indonesia pada 10 Ogos lalu, pihaknya telah bersiap sedia untuk melaksanakan operasi berkenaan pada bila-bila masa.

Menteri pertahanan ketiga-tiga negara tersebut telah mengadakan mesyuarat di Bali minggu lalu bagi membincangkan rancangan pembebasan warga Malaysia dan Indonesia yang diculik oleh militan itu melalui operasi ketenteraan bersama di darat.

Ketiga-tiga negara itu juga mencapai kata sepakat untuk menjalankan rondaan bersama di Laut Sulu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China