Naib Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat China, Xu Qiliang, yang sedang melawat ke Myanmar, mengadakan rundingan dengan Komander Tentera Pertahanan Myanmar, Min Aung Hlaing di Naypyidaw petang semalam.
Xu berkata, pihaknya bersedia untuk bersama-sama dengan pasukan tentera Myanmar untuk meningkatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang antaranya termasuklah komunikasi, pertukaran lawatan serta latihan bersama.
Selain itu, China menyokong usaha pihak berkuasa dan pasukan tentera Myanmar untuk mewujudkan permuafakatan bangsa dalam negara melalui rundingan damai.
Min Aung Hlaing pula berkata, Myanmar merupakan jiran tetangga China yang mesra.
Kedua-dua negara sentiasa saling menghormati dan saling menyokong sejak terjalinnya hubungan diplomatik.
Pihaknya bersedia untuk mengeratkan perhubungan dan memperkasakan kerjasama pragmatik dengan pasukan tentera China.