Pesawat AirAsia D7914 yang berlepas dari Kuala Lumpur (KL), Malaysia mendarat di lapangan terbang Xining, provinsi Qinghai, China pada pukul 2.45 petang semalam, yang menandakan laluan penerbangan langsung antara kedua-dua bandar tersebut telah dibuka secara rasmi.
Xining turut menjadi bandar kedua di barat laut China yang mempunyai penerbangan terus ke KL sesudah Xi'an.
KL, kota penting dalam Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21. Laluan penerbangan tersebut menjadi koridor kedua antara provinsi Qinghai dengan Asia Tenggara selepas laluan penerbangan Xining-Bangkok.