Delegasi provinsi Fujian yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) cawangan Fujian, You Quan semalam meninjau Universiti Xiamen cawangan Malaysia yang sedang dibina yang juga cawangan pertama yang ditubuhkan oleh sektor pengajian tinggi China di luar negara.
Pada tahun 1921, perantau Cina Tan Kah Kee telah menubuhkan Universiti Xiamen. Tertubuhnya cawangan Universiti Xiamen di Malaysia 95 tahun kemudian, membuktikan hubungan persahabatan antara provinsi Fujian dengan Malaysia dan menjadi teladan bagi pertukaran dan kerjasama bidang pendidikan kedua-dua negara.
Setelah siap dibina, Universiti Xiamen cawangan Malaysia boleh menampung 10 ribu orang mahasiswa dari China, Malaysia serta negara lain mengikuti pengajian tinggi.