Cari:
Malaysia Berusaha Tarik Pelancong China
2016-03-23 16:45:02 CRI Cetak

Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Moha­med Nazri Abdul Aziz semalam berkata, pihaknya tidak melambungkan bayaran visa pelancong China.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia mengambil pelbagai langkah untuk memudahkan pelancong China seperti pelaksanaan pengecualian visa dan sistem visa elektronik (e-visa).

E-visa adalah untuk pemohon yang tinggal tidak melebihi 30 hari dan dikehendaki membayar yuran pemprosesan sebanyak 200 yuan (RM128), meningkat dari RMB 120 (RM74) sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, pihaknya akan menurunkan bayaran visa pelancong China.

Tambah beliau lagi, Malaysia berusaha untuk menarik 2.03 juta pelancong dari China.

Pada tahun 2015, jumlah pelancong China yang melancong ke Malaysia mencatat 1.68 juta orang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China