Cari:
"Ruangan Malaysia" Dibuka Dalam Talian Platform Beli-belah ICBC
2016-01-21 14:50:22 CRI Cetak

Platform beli-belah dalam talian milik Bank Industri dan Perdagangan China (ICBC) telah membuka "Ruangan Malaysia" baru-baru ini.

Pegawai ICBC berkata, beberapa syarikat Malaysia termasuk Royal Selangor telah menyediakan keluaran mereka dalam laman web "Rong e Gou" dengan alamat sibernya "mall.icbc.com.cn" sejak November lalu.

"Rong e Gou" merupakan platform e-dagang yang dibangunkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) ICBC.

Pada tahun 2015, jumlah perdagangan melalui platform siber tersebut melebihi RMB 870 bilion (RM579 bilion).

Jumlah pengguna berdaftar pula mencecah 30 juta orang.

ICBC cawangan Malaysia sejak sekian lama berfokus pada perkhidmatan dalam pertukaran kewangan, ekonomi dan kebudayaan antara kedua-dua negara.

Platform beli-belah dalam talian tersebut diharap memberikan sumbangan kepada perkembangan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China