Cari:
PM Li Berucap dalam Forum Ekonomi dan Perdagangan China-Malaysia
2015-11-23 16:14:24 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang, yang sedang mengadakan lawatan rasmi di Malaysia berucap dalam Forum Ekonomi dan Perdagangan China-Malaysia pagi tadi. Menurut beliau, "masakan Baba dan Nyonya" yang terkenal di Malaysia melambangkan imej percampuran antara China dengan Malaysia.

Usahawan kedua-dua negara perlu berusaha bersama-sama untuk mencapai lebih banyak kecemerlangan. Sejarah telah membuktikan bahawa hubungan persahabatan antara rakyat China dengan Malaysia tidak akan terputus.

Ini merupakan isyarat baik bagi kedua-dua negara untuk menjalinkan kerjasama komprehensif.

China bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dalam pembinaan infrastruktur dan perindustrian.

Kapasiti pengeluaran besi dan bahan pembinaan di China amat tinggi.

Keadaan ini boleh mengurangkan kos pembinaan infrastruktur di Malaysia. Manakala, Malaysia mempunyai kelengkapan dan teknologi yang canggih dalam beberapa bidang.

China mengalu-alukan usahawan Malaysia membina kilang di China. Hal tersebut pasti akan mendorong pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China