Cari:
CREC Bina Pusat Serantau di Malaysia
2016-03-22 16:46:04 CRI Cetak

Syarikat Kejuruteraan Kereta Api China (CREC) akan memperuntukkan RM8.1 bilion untuk membina pusat serantau di Kuala Lumpur, Malaysia.

Langkah strategik tersebut akan memperkasakan pembinaan infrastruktur termasuk landasan kereta api dan lebuh raya CREC di Asia Tenggara.

Pada Disember tahun lalu, CREC berjaya menguasai 60 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia daripada 1MDB Real Estate bersama-sama dengan rakan kongsinya, Iskandar Waterfront Holdings (IWH).

Menurut kerajaan Malaysia, pelan induk Bandar Malaysia turut merangkumi bandar bawah tanah bersepadu mengikut model bandar bawah tanah Montreal, Kanada yang dibina khusus sebagai pusat kewangan dan komersial, pelancongan dan kemudahan membeli-belah, pejabat-pejabat korporat mewah, taman tema dalam bangunan dan teater bertema.

Selain itu, CREC juga berminat untuk membida projek Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura jika kontrak pembinaannya dibuka pada masa akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China