Cari:
Kampus Universiti Xiamen Malaysia Terima Mahasiswa
2016-02-23 15:59:57 CRI Cetak

Kampus Universiti Xiamen Malaysia (XMUMC) yang terletak di Salak Tinggi, Sepang, Selangor mengadakan upacara pembukaan semester untuk lebih 180 mahasiswa baharu.

Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang dan Presiden Universiti Xiamen (XMU), Zhu Chongshi menghadiri upacara tersebut.

Huang Huikang dalam ucapannya memaklumkan, XMUMC akan menyediakan "Biasiswa Duta China" kepada 10 mahasiswa pada tahun pertama.

Projek pembinaan XMUMC menelan pelaburan kira-kira RM 1.3 bilion (USD 311 juta).

Ijazah daripada universiti tersebut diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan China yang secara tidak langsung membolehkan lulusan universiti itu mencari pekerjaan atau menyambung pelajaran di kedua-dua negara tersebut.

Kebanyakan mahasiswa adalah dari China, Malaysia dan negara-negara ASEAN lain yang akan mencipta budaya majmuk di kampus universiti itu.

Selain itu, tenaga pengajar di universiti tersebut 30 peratus daripadanya adalah profesor dari XMU, manakala selebihnya merupakan tenaga pengajar cemerlang dari Malaysia dan beberapa negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China