Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) kali ke-15 dirasmikan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur semalam.
Biro Industri Sains dan Teknologi Pertahanan Negara China (SASTIND) mengundang tiga syarikat perdagangan ketenteraan milik negara untuk menyertai pameran kali ini.
Ruang pameran yang seluas lebih 200 meter persegi itu menonjolkan imej "pertahanan China" dan mempamerkan peralatan canggih melalui gambar dan model-model produk.
Syarikat China telah mempamerkan sistem pertahanan maritim, sistem pertahanan udara, sistem pertempuran pesawat tanpa juruterbang, sistem amaran pencegahan serangan udara, dan sebagainya.