Cari:
Indonesia Baiki Iklim Pelaburannya
2016-10-10 14:43:01 CRI Cetak

Kementerian Luar Negeri Indonesia mengadakan forum yang disertai wakil-wakil dari kedutaan besar dan persatuan perdagangan Kesatuan Eropah (EU), Britain dan Switzerland untuk mendengar cadangan dan pandangan mereka mengenai iklim pelaburan dan perdagangan di Indonesia.

Para peserta memuji 13 langkah yang diambil pihak berkuasa Indonesia untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, namun turut menerangkan beberapa kelemahan yang masih wujud dalam sektor pelaburan.

Kepala Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) Indonesia, Thomas berkata, ketidaktentuan dalam sistem percukaian, prosedur import kargo yang berpanjang-panjang serta kerumitan dalam pemohonan permit kerja merupakan tiga masalah utama yang menjadi perhatian syarikat-syarikat asing.

Pihaknya komited untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China