Cari:
Da Nang Harap Dapat Tingkat Daya Saing
2016-11-10 14:39:32 CRI Cetak

Vietnam merupakan negara pengerusi bergilir Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2017. Da Nang merupakan lokasi berlangsungnya sidang kemuncak tersebut. Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc baru-baru ini berkata, Da Nang perlu mempunyai pelan pembangunan strategik komprehensif. Pihaknya akan membangunkan bandar itu sebagai bandar pintar serta hab pengangkutan dan perkhidmatan antarabangsa.

Selain itu, Da Nang juga diharap dapat menarik pelabur, pelancong dan tenaga profesional untuk bersaing dengan Singapura dan Hong Kong, China.

Beliau menggesa pihak berkuasa bandar itu agar memanfaatkan teknologi canggih, teknologi maklumat dan komunikasi serta menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menarik pelaburan asing.

Selain itu, bandar tersebut juga perlu berusaha mengembangkan ekonomi maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China