Pusingan ke-16 rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang berlangsung selama lima hari di Tangerang, Indonesia berakhir semalam.
Setelah selesai membincangkan perkara-perkara mengenai perusahaan kecil dan sederhana (PKS), wakil 16 negara yang terlibat menzahirkan harapan agar rundingan berkenaan dapat dimuktamadkan menjelang akhir 2017.
Dalam rundingan kali ini, para peserta mengimbas kembali hasil mesyuarat peringkat menteri RCEP yang diadakan di Cebu, Filipina pada November lalu, di samping bersepakat untuk mempercepat rundingan tentang perdagangan barangan dan perkhidmatan serta pelaburan.
Rundingan RCEP pusingan seterusnya akan diadakan di Jepun pada Februari tahun depan.
Rundingan RCEP yang dimulakan pada November 2012, merupakan cadangan perjanjian perdagangan bebas (FTA)yang melibatkan penduduk paling ramai, kawasan paling luas, jumlah anggota paling banyak dan paling dinamik di dunia.