Cari:
Duta Besar China Puji Pertumbuhan Ekonomi Indonesia
2016-11-11 15:16:42 CRI Cetak

Duta besar China ke Indonesia, Xie Feng ketika menyampaikan ucapan di Kelab Rotary Antarabangsa baru-baru ini berkata, pemulihan ekonomi global masih perlahan, selain menghadapi cabaran ketidaktentuan.

Namun, pertumbuhan ekonomi China dan Indonesia amat menggalakkan.

Menurut beliau, walaupun ekonomi Indonesia menghadapi pelbagai risiko dari luar, namun pertumbuhannya semakin baik.

Pertumbuhan ekonomi Indonesia mencatat 5.04 peratus pada setengah tahun pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Selain itu, peningkatan dalam kemasukan pelaburan asing di negara itu juga mencatat 12.16 peratus.

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Indonesia berkembang pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Jumlah, kualiti dan keuntungan pelaburan antara kedua-dua negara juga terus meningkat.

China akan kekal menjadi rakan dagang terbesar bagi Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China