Cari:
Filipina Larang AS Bina Kemudahan Ketenteraan di Wilayahnya
2017-01-31 13:30:39 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam sidang akhbar yang diadakan di Istana Presiden pagi semalam memberikan amaran kepada Amerika Syarikat (AS) agar tidak membina kemudahan ketenteraan di negaranya.

Filipina akan memansuhkan perjanjian ketenteraan dengan AS sekiranya AS berbuat demikian.

Menurut Perjanjian Tentera Pelawat yang ditandatangani oleh kedua-dua negara pada tahun 1998, AS tidak boleh membina kemudahan ketenteraan di wilayah Filipina.

Jika AS tetap berbuat demikian, Filipina akan mengkaji semula dan memansuhkan perjanjian tersebut.

Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana ketika diwawancara semalam berkata, AS akan mula membina kemudahan ketenteraan termasuk gudang kelengkapan dan senjata serta landasan kapal terbang di Filipina pada tahun ini.

Presiden Duterte melahirkan kebimbangan mengenai perkara tersebut.

Delfin Lorenzana berkata, pihaknya akan meneliti terma-terma perjanjian berkenaan bagi memastikan pandangan Presiden Duterte dapat dilaksanakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China