Buku panduan pelancongan dwibahasa, bahasa Mandarin dan bahasa Indonesia "Kenali Beijing" yang disunting oleh Radio Antarabangsa China (CRI) telah diedarkan di Jakarta semalam.
Tokoh-tokoh dari pelbagai bidang di Indonesia telah menghadiri majlis pelancaran buku tersebut.
Buku yang memperkenalkan sejarah, adat resam dan destinasi pelancongan yang terkenal di Beijing itu menjadi wadah bagi rakyat Indonesia untuk mengetahui dan memahami Beijing dengan lebih dekat.