Menurut Kedutaan Besar China ke Indonesia, Rombongan Pelajaran dan Pertukaran Diplomat Kanan Indonesia telah melawat China pada 4 hingga 11 Disember yang lalu. Aktiviti anjuran bersama Kedutaan Besar China ke Indonesia dan Pusat Pendidikan dan Latihan Kementerian Luar Negeri Indonesia ini, mempunyai 24 orang peserta yang sudahpun mengadakan pertukaran dengan rakan dari China tentang situasi di negara ini, budaya China, pembinaan Jalur dan Laluan (B&R), situasi ekonomi baharu China serta usaha merakyatkan pentadbiran. Selain itu, mereka telah melawat Zon Perdagangan Bebas Shanghai, syarikat-syarikat berkenaan serta menghayati kereta api berkelajuan tinggi (CRH) Beijing-Shanghai.
Menurut para peserta, mereka berharap agar terus memperkasakan pertukaran dan kepercayaan dengan rakan-rakan China.