Indonesia telah melaksanakan pelbagai usaha yang berkesan bagi menarik pelaburan China dan berjaya meningkatkan kerjasama dua hala sejak Joko Widodo (Jokowi) dilantik sebagai Presiden.
Kini, China menduduk tempat ke-4 dalam senarai rantau atau negara asing yang melabur di Indonesia berbanding dengan tempat ke-14 pada tahun 2014.
Demikian dinyatakan Kepala Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) Indonesia, Thomas Trikasih Lembong baru-baru ini.
Thomas yang juga mantan Menteri Perdagangan menambah lagi, Indonesia akan meneruskan hubungan yang baik dengan China dan menggalakkan pelaburan dari China, sekali gus mendorong projek kerjasama dalam bidang perindustrian antaranya termasuklah besi, petrokimia, logam, plastik, dan lain-lain.
Sehubungan dengan itu, kerajaan Indonesia akan membangunkan 10 destinasi pelancongan baharu dan mengalu-alukan syarikat China untuk melabur dalam industri pelancongan di Indonesia yang turut menjadi tumpuan pelaburan kerajaan Indonesia.