Syarikat Penerbangan Lion Air Indonesia akan menawarkan penerbangan terus dari Manado, ibu kota provinsi Sulawesi Utara ke lapan bandar di China bermula pada 3 Jun nanti.
Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Arief Yahya mengalu-alukan langkah tersebut.
Menurut beliau, hampir 99 peratus pelancong China melawat ke Indonesia dengan menaiki kapal terbang.
Langkah tersebut bertepatan dengan matlamat untuk menarik 2.1 juta pelancong China pada tahun ini.
Antara lapan bandar tersebut termasuklah Shanghai, Shenzhen, Guangzhou, Wuhan, Chengdu dan Chongqing