Cari:
Indonesia Tarik Pelancong China
2016-02-26 14:38:46 CRI Cetak

Kementerian Pelancongan Indonesia dan syarikat Internet Baidu China telah memeterai perjanjian kerjasama strategik di Jakarta semalam untuk mempromosikan produk pelancongannya kepada pelancong China.

Menteri Pelancongan, Arief Yahya menyatakan bahawa lebih 100 juta penduduk China melancong ke luar negara pada tahun 2015, namun hanya sejuta sahaja yang melancong ke Indonesia.

Pihaknya perlu melipatgandakan usaha pengiklanan, termasuk melalui kerjasama strategik dengan syarikat Baidu.

Menurut beliau, kos pengiklanan melalui media digital hanya separuh daripada media tradisional, namun kesannya adalah dua kali ganda.

Syarikat Baidu yang mempunyai pengguna yang ramai mampu menyalurkan maklumat tentang Indonesia kepada pelancong China, sekali gus meningkatkan kedatangan pelancong China ke Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China