Cari:
Indonesia akan Hantar Pekerja ke China Belajar Operasi Kereta Api Laju
2015-10-26 13:13:26 CRI Cetak

Direktur Utama PT Kereta Api Indonesia, Edi Sukmoro menyatakan baru-baru ini, pihaknya akan menghantar pekerja ke China untuk belajar operasi tentang kereta api laju. Beberapa syarikat dari China dan Indonesia telah menandatangani perjanjian untuk menubuhkan satu konsortium usaha sama di Jakarta pada 16 Oktober yang lalu. Konsortium itu akan bertanggungjawab tentang pembinaan dan operasi landasan kereta api Jakarta-Bandung.

Ketua Umum Masyarakat Transportasi Indonesia (MTI), Danang Parikesit berkata, landasan kereta api itu dilihat berfaedah bagi memperkasakan penyusunan semula ekonomi Indonesia dan merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan-kawasan yang terlibat.

Majlis pecah tanah projek landasan kereta api Jakarta-Bandung akan diadakan pada awal bulan hadapan dan seterusnya dimulakan pembinaannya pada awal tahun hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China