Atas undangan Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Indonesia, Zulkifli Hasan, Pengerusi Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China(CPPCC), Yu Zhengsheng tiba di Jakarta petang semalam untuk mengadakan lawatan muhibah ke negara itu. Perhimpunan Pengusaha Indonesia Tionghoa (PERPIT) mengadakan jamuan malam tadi untuk mengalu-alukan lawatan Yu Zhengsheng kali ini.
Zulkifli Hasan ketika menghadiri jamuan tersebut berkata, hubungan antara Indonesia dengan China ditingkatkan secara besar-besaran dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Presiden, Joko Widodo telah tiga kali menemui rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping dalam tempoh 10 bulan yang lalu. Beliau berharap China memainkan peranan yang semakin penting dalam menangani hal ehwal serantau dan antarabangsa seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kedudukannya yang kian tinggi dalam arena antarabangsa.
Yu Zhengsheng pula berkata, Indonesia menjadi negara jiran yang terpenting bagi China. Kedua-dua pihak perlu memperkasakan kerjasama ekonomi dan meningkatkan pertukaran persahabatan di kalangan rakyat. China menyokong sektor korporatnya melabur di Indonesia.