Cari:
Naib Pengerusi CPPCC akan Lawat Indonesia
2015-07-04 15:59:38 CRI Cetak

Naib Pengerusi Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) China merangkap Pengerusi Persatuan Rakyat China tentang Perjuangan Kedamaian dan Perlucutan Senjata (CPAPD), Han Qide akan melawat Indonesia pada 1 hingga 4 Julai ini.

Beliau telah menemui pegawai kanan Indonesia termasuk Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR), Zulkifli Hasan dan menghadiri simposium "Kesempatan dan Tantangan bagi kerjasama China-Indonesia".

Han menyanjung tinggi hubungan rakan strategi kedua-dua negara. Menurutnya, pelan Satu Jalur Satu Laluan (OBAOR) anjuran China selaras dengan strategi Indonesia ke arah "Poros Laut Dunia". Beliau berharap agar kedua-dua pihak mencari persamaan dalam pelaksanaan strategi pembangunan, memperkasakan kerjasama pragmatik dan meningkatkan persahabatan kalangan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China