Bank Industri dan Komersial China (ICBC) cawangan Indonesia dan Bank Import-Eksport Indonesia menandatangani perjanjian pembiayaan modal sejumlah USD 500 juta untuk tempoh lima tahun di Jakarta semalam.
Pembiayaan modal tersebut bakal digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan pembangunan ekonomi Indonesia.
Presiden ICBC cawangan Indonesia, Shen Xiaoqi berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 2007, pihaknya berusaha bekerjasama dengan syarikat-syarikat di Indonesia demi meningkatkan kerjasama urus niaga mata wang RMB di negara tersebut.
ICBC juga telah beberapa kali memenangi anugerah "bank terbaik di Indonesia" dan diiktiraf oleh pihak berkuasa, syarikat dan rakyat di negara tersebut.