Duta Besar China ke Indonesia, Xu Bu menemui penasihat dasar luar Presiden merangkap Ketua Pengarah Pusat Pengajian Strategik Antarabangsa Indonesia (CSIS), Dr.Rizal Sukma.
Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang hubungan kedua-dua negara dan kerjasama antara kumpulan pemikir.
Xu berkata, pihaknya memberikan perhatian yang tinggi terhadap hubungan rakan strategik dengan Indonesia. CSIS merupakan kumpulan pemikir yang penting di Asia dan telah mengadakan kerjasama yang baik dengan beberapa kumpulan pemikir di China.
Kedua-dua pihak perlu memperkasakan kerjasama bagi meningkatkan hubungan kedua-dua negara dan hubungan China-ASEAN.
Dr.Rizal Sukma pula berkata, kerajaan Joko Widodo (Jokowi) memberikan perhatian yang tinggi terhadap hubungan dengan China.