Cari:
Indonesia Giat Tarik Pelancong China
2015-12-22 13:47:14 CRI Cetak

Pengurus besar Syarikat Penerbangan Garuda Indonesia cawangan China, Hans Hanliono semalam menyatakan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan China untuk mewujudkan laluan penerbangan bagi 15 bandar di China ke Indonesia pada bulan Januari hingga Februari tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pelancongan untuk Pembangunan Pasaran Antarabangsa Indonesia, Igde Pitana berkata, jumlah pelancong China yang melancong ke Indonesia dijangka mencatat 1.35 juta orang pada akhir tahun ini. Angka itu diharap meningkat kepada dua juta pada tahun 2016.

Indonesia telah mengamalkan dasar bebas visa kepada pelancong China bermula pada Jun lalu.

Kapal persiaran China juga dibenarkan memasuki kawasan perairan Indonesia.

Pelancong China boleh menyelesaikan urusan imigresen di 18 pelabuhan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China