Cari:
Kejayaan China dalam FYP Ke-12
2015-10-26 16:10:03 CRI Cetak

Sidang pleno ke-5 jawatankuasa pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC) yang berlangsung selama empat hari dirasmikan hari ini. Sidang kali ini akan membahas Rancangan Pembangunan Lima Tahun( FYP) ke-13.

Sarjana dari Indonesia turut menyanjung tinggi kejayaan yang dicapai dalam tempoh FYP ke-12. Direktur Utama Yayasan ASEAN Nanyang, Bambang Suryono berkata, China menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia justru dalam tempoh tersebut. China memberikan perhatian yang lebih tinggi tentang kualiti pembangunan dan berusaha menyusun semula struktur ekonomi dan pembangunan. Beliau amat kagum dengan usaha antirasuah yang dilancarkan pucuk pimpinan kini di China. Menurutnya, usaha tersebut akan bermanfaat bagi pembangunan di China untuk jangka masa panjang.

Menurut Bambang, dalam tempoh FYP ke-12, China memikul tanggungjawab antarabangsa yang semakin banyak, berusaha merangsang Kerjasama Selatan-Selatan dan membantu negara-negara miskin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China