Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung akan mula dibina pada suku tahun kedua tahun hadapan.
Pelbagai persiapan sedang giat dijalankan. Kos keseluruhan bagi projek tersebut dianggarkan bernilai USD 5.5 bilion (RM23 bilion).
Perjanjian mengenai projek HSR tersebut telah ditandatangani oleh syarikat kedua-dua negara pada 16 Oktober lalu.
Landasan kereta api yang sepanjang 150 kilometer itu akan selesai dibina dalam tempoh tiga tahun.
Kelajuan maksimumnya mencatat 300 kilometer per jam (km/j).