Upacara peletakan batu asas bagi projek pembinaan Hospital Persahabatan Indonesia-China dan Institut Maritim Nanyang ASEAN diadakan di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia baru-baru ini.
Projek tersebut bertujuan untuk meraikan penubuhan tiga komuniti ASEAN menjelang akhir tahun ini.
Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu menghadiri upacara tersebut dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelaksanaan projek tersebut.
Beliau berharap agar projek itu dapat meningkatkan hubungan persahabatan dalam kalangan rakyat serta mendorong kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara dalam bidang pendidikan dan perubatan.
Tambah beliau lagi, pembentukan Komuniti ASEAN akan membawa peluang baharu kepada perkembangan hubungan antara China dengan ASEAN.
China dan negara-negara ASEAN sedang giat membangunkan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.
Kesalingpercayaan politik, kerjasama yang saling menguntungkan dan pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua pihak terus meningkat.
Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak telah memecahkan rekod dalam sejarah dan mencatat USD 480.4 bilion pada tahun 2014.