Syarikat Baidu China dan Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia mengadakan sidang kemuncak pelancong tegar di Bali baru-baru ini.
Kedua-dua pihak telah mengundang para pelancong tegar dari China yang berminat untuk melancong ke Indonesia, di samping mempromosikan pakej pelancongan di negara itu.
Sebanyak 100 peminat pelancongan China telah menandatangani perjanjian dengan Baidu.
Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan dan mengadakan lawatan ke pulau Jawa, Lombok dan Sulawesi pada 13 hingga 16 Mei ini.
Mereka akan mempromosikan destinasi-destinasi tersebut kepada pelancong China dengan lebih profesional.
Wakil Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, I Gde Pitana amat yakin akan kerjasama dengan Baidu.
Beliau berharap agar matlamat untuk menarik 20 juta pelancong asing akan tercapai menjelang tahun 2019.