Menurut Syarikat Kereta Api China, bahagian pertama yang sepanjang lima kilometer bagi landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung mula dibina pagi semalam.
Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia, Rini Mariani Soemarno meninjau pembinaan projek tersebut.
Bahagian pertama landasan HSR Jakarta-Bandung sepanjang 142 kilometer dijangka selesai dibina dalam tempoh tiga tahun. Kelajuan maksimumnya mencatat 350 kilometer per jam (km/j).