Pengarah Jabatan Penyelidikan Ekonomi Bank Pusat Indonesia, Efendi ketika menghadiri seminar ekonomi di Jakarta baru-baru berkata, pertumbuhan ekonomi Indonesia amat bergantung pada pasaran China.
Pertumbuhan ekonomi China yang pernah mencatat lebih 10 peratus turut merangsang pertumbuhan ekonomi Indonesia.
Penurunan pertumbuhan ekonomi China pada masa ini secara tidak langsung menjejaskan kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia.
Menurut bank pusat, sekiranya ekonomi China susut 0.5 peratus, hal tersebut bermakna pertumbuhan ekonomi Indonesia juga akan turun sekurang-kurangnya 0.1 peratus.