Cari:
Kerjasama Hebei, China dengan Indonesia
2016-05-19 15:13:20 CRI Cetak

Karnival Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa Langfang, China 2016 diadakan semalam.

Sebagai negara tetamu kehormat, Indonesia telah merasmikan ruang pameran negaranya dan mengadakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan.

Menurut Duta Besar Indonesia ke China, Soegeng Rahardjo, pihaknya mengadakan karnival, pameran dan forum bagi membolehkan syarikat-syarikat di provinsi Hebei, malah seluruh China memahami dengan lebih mendalam budaya dan industri di Indonesia.

Beliau berharap agar kedua-dua pihak mengambil peluang ini untuk memperkasakan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Setiausaha Agung Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping pula berkata, kerajaan tempatan dan syarikat dari China dan Indonesia perlu berganding bahu membina platform kerjasama dan berkongsi hasil pembangunan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China