Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu menemui Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Arief Yahya semalam.
Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang kerjasama antara China dengan ASEAN serta Indonesia dalam sektor pelancongan.
Xu berkata, sektor pelancongan merupakan salah satu sektor terpenting bagi Indonesia dan pelbagai negara di ASEAN kerana sektor berkenaan bukan sahaja berfungsi menambah peluang pekerjaan, merangsang ekonomi, malah mempunyai peranan yang unik dalam memperkasakan pertukaran budaya dan meningkatkan persefahaman.
Pihaknya bersedia untuk meningkatkan kerjasama antara China dengan ASEAN khususnya Indonesia, serta memainkan peranan yang aktif dalam usaha menggalakkan perkembangan sektor tersebut.
Arief pula berkata, pihaknya berusaha untuk mengembangkan sektor pelancongan dan mengambil pelbagai langkah untuk menarik pelancong China.
China menjadi negara sumber pelancong yang paling besar bagi Indonesia pada masa ini.
Jumlah pelancong China yang melawat ke Indoneisa mencecah sejuta orang pada tahun lalu.
Pihaknya akan terus meningkatkan kerjasama dengan China dalam sektor tersebut.