Cari:
Indonesia Main Peranan Unik dalam B&R
2016-08-14 15:29:57 CRI Cetak

Indonesia boleh memainkan peranan penting dalam usaha menggalakkan negara-negara ASEAN yang lain menyertai pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R), khususnya Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Demikian dinyatakan oleh pakar isu Indonesia dari Universiti Xiamen, profesor Wu Chongbo dalam Forum Ahli Perniagaan Cina Seberang Laut ke-3 yang diadakan di Shenzhen pada 12 Ogos lalu.

Menurut beliau, dengan lokasi geografi yang strategik, negara-negara ASEAN amat penting dalam pelaksanaan inisiatif B&R.

Agregat ekonomi Indonesia menduduki kira-kira 40 peratus agregat ekonomi ASEAN. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Indonesia berusaha menyediakan iklim pelaburan yang baik bagi menarik pelaburan asing. Sumber minyak dan gas asli di laut, infrastruktur, pertanian, pelancongan marin dan industri pembuatan di negara itu menjadi daya tarikan bagi pelabur asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China