Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menemui Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma di Hangzhou semalam. Kedua-dua pihak sekali lagi mengadakan rundingan untuk membina platform perdagangan dunia elektronik (eWTP) di Malaysia. Najib menyerahkan sijil Koridor Raya Multimedia (MSC) kepada Jack Ma, dan berharap tenologi baru dari China akan membantu merangsang pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Jack Ma berkata, eWTP di Malaysia merupakan pusat kumpulannya di rantau berkenaan. Beliau berharap eWTP di Malaysia dibangunkan menjadi teladan kepada negara-negara membangun yang lain.
eWTP merupakan platform untuk membantu syarikat kecil dan sederhana (PKS) sejagat. Pihak berkuasa Malaysia dilaporkan akan memperkasakan kerjasama dengan kerajaan bandar Hangzhou untuk memudahkan perdagangan dan menyusun semula dasar agar menjadikan PKS kedua-dua negara semakin mudah menyertai perdagangan antarabangsa.